1. Menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan iaitu : kotak mancis, tali, gam, benang, kertas
warna dan penutup botol.
2. Ambil
kotak mancis lalu keluarkan bahagian dalamnya. Gamkan kertas warna dan balutkan
pada kotak tersebut.
3. Bentukkan
kotak tersebut menjadi gerabak. Selepas itu, buat gerabak yang lain.
4. Cantumkan
kotak luar untuk membuat kepala kereta api. Gunakan gam untuk melekatkan kotak.
5. Akhir
sekali, sambungkan gerabak dengan kepala kereta api. Gunakan tali atau benang. Gerabak
kereta api sudah siap tetapi rodanya belum dipasang. Gunakan penutup botol
untuk membuat roda kereta api. Sekarang, kita boleh bermain kereta api mainan
sambil bernyanyi.